17 June 2011

Nak Tukar Ke Tak?

Bulan julai semakin hampir.....bulan julai juga permohonan pertukaran dalam negeri akan dibuka...persoalan untuk diri aku,haruskah aku bertukar tempat kerja.kalau aku di tukarkan,tak merasa la aku jaga pc yg baru lepas nie,tu yg terasa rugi tu...kene pulak pindah2 sekolah baru nanti,semua pc zaman sebelum perang jepun...mampos aku....
kalau aku tak tukar pon terok gak aku...terok pada ekonomi aku la...minyak dah la mahal skrg nie.......rm20 2 hari je blh gune....kalau naik moto mungkin jimat,tapi dah lama tak bawak moto je jalan raya nie takut la pulak....masalah betoi la....
adakah harus aku tunggu aku dapat APC (anugerah pekerja cemerlang) baru aku tukar?tah zaman bila la nak dapat,jgn la berharap sangat.....sekarang mcm mana?nak pindah ke tak?nak mohon ke tak?aarrggghhhh.... mohon ke tak?mohon ke tak?mohon ke tak?

11 May 2011

Rezeki

Alhamdulillah,hari nie rezeki aku murah.....3 set komputer terjual hari nie...memang bersyukur sangat.Aku pon tak sangka blh dapat rezeki sebanyak nie.....pertama kali syarikat aku menjual 3 unit komputer sekali gus.next projek,buat networking pulak.

09 May 2011

Beli Produk Secara Online

yes....cerita baru....nie pasal beli barang secara online...memang lah cara shooping mcm nie mudah n senang....tapi sepatutnya kenalah usya dulu barang yg sama kat luar...mahal ke...murah ke.....
sebenarnya ada satu kesah mengenai kawan aku yg gemar sangat beli barang secara online......terbaru dia beli laptop untuk baby dia....harga RM30 termasuk pos....aku dah cakap kat pasar malam harga dia baru RM12...tak percaya.bila dah beli...barang dah sampai...tergerak hati plk nak pergi tgk laptop tu kat pasar malam yg aku cakap.....terkejut dia bila makcik yang jual barang tu cakap RM15 je...boleh kurang lagi kalau nak...hahahhaa
moral yer,berjimat cermatlah diwaktu ekonomi tak ok nie...wassalammmm

08 May 2011

Pusat Komputer Desa

aku baru je membuka pusat komputer desa....tujuan aku untuk org2 kampong lebih celik IT selaras dgn saranan gov. untuk merabatkan jurang IT antara bandar dengan luar bandar.disamping tu niat aku untuk memudahkan orang kampong yang kurang kemampuan memiliki komputer dan melangan line internet menggunakan pusat komputer ini untuk mencari bahan membuat kertas2 kerja,tugasan,mengisi apa sahaja form secara online.itu sahaja.sambutan setakat nie alhamdulillah menggalakkan.Diharap akan berkembang lagi dgn penambahan lebih banyak komputer-komputer untuk mengelakkan daripada berlaku yer proses menunggu n booking yang terlalu lama.

Nak dapat Adik yer????



Thaqif nak dapat adik ke???jgn nakal2 tau.....jgn gaduh2...gaduh2 macau kucing marau

07 May 2011

Minyak RON97 naik lagi

Cuak jugak bila dengar minyak petrol Ron97 naik lagi 20 kupang...jadi sekarang harga yer RM2.90.memang aku tak pakai minyak hijau nie...tapi kebiasaan yer minyak ron95 pon akan naik jugak....kalau naik pon mungkin sikit...tapi kesan yer pada ekonomi luas....barang naik,makanan naik....semua naik....entah lah...gaji tak naik2 jugak.sian kat org bandar la kan...sebab ape....kalau org kampong,blh jgk buat kerja lain....meracun ke...ape ke...org bandar?nak buat MLM?pikir2 lah

sewa gelanggang paling mahal ......


aduh.....terpaksa jugak main badminton kat gelanggang paling mahal penah aku main....RM22 satu jam.....takkan nak main sejam je kot...mesti la 2 jam....tu pon tak puas.....2 jam dah 44 ringgit.....aku nasib member dah tempah jer....kalau tak jgn minpi la aku nak main....lokasi gelanggang belakang giant manjung...tapi mahal2 pon...tetap ada orang main jgk.

02 April 2011

Tertubuhnya Syarikat Aku

Alhamdulillah,selepas banyak belajar ilmu pengurusan perniagaan di samping kegagalan untuk berniaga yg gagal,maka aku merialisasikan juga untuk mendaftarkan perniagaan aku pada tanggal 28.2.2011.Syarikat yang diberi nama AE COMPUTER CENTRE adalah singkatan daripada nama isteri aku A=Azira dan E= nama panggilan aku di kampong.
Alhamdullillah juga dengan tertubuhnya syarikat ini isteri aku pon mengandong.mungkin rezeki anak aku yg kedua insyaalllah.
Sebenarnya banyak perkara yang mendorong aku bukak syarikat nie.pertama kerana family aku.kedua permintaan dari penduduk kampong yang berkehendakkan satu pusat komputer untuk memudahkan orang kampong menggunakan perkhidmatan ict.ketiga,daripada kegagalan 2 bisnes yang aku lakukan sebelum nie.kerana kegagalan tersebut aku tanamkan pendirian pada diri aku bahawa jangan buat sesuatu perniagaan jika ilmu tidak penuh di dada.itu sahaja.

20 January 2011

Sekarang Baru Seronok

-sejak pindah ke kampong halaman sendiri...tinggal di rumah sendiri........baru puas.....skrg tak payah beli lauk pauk dah...semua blh amik n tangkap di sekitar rumah....nak ikan?pegi je menjala kat parit tepi rumah....nak sayur?pegi je ke bendang kutip kangkong,keladi air,pucuk ubi.....nak telur ayam?banyak ayam betelur kat belakang rumah....tak payah beli dah......setiap petang boring2 pi mancing puyu....hari sabtu ahad.....tanam pokok kunyit,serai ...pastu jual....punye mudah dapat duit...betul la org cakap...duduk kampong memang selesa....memang banyak duit....
lagi best kalau dah kering sangat.....jual je beberapa tandan buah sawit...RM50 dalam tangan laaa

19 January 2011

Selamat Datang 2011

Selamat datang ke tahun 2011....walaupon lambat aku tulis dalam blog aku nie...tapi aku tulis jugak la skrg nie....
2011:
-ramai kawan2 aku yg bujang2 dah menamatkan zaman bujan diorang pada tahun nie...tahniah....
-tahun nie jugak dah makin ramai kawan2 aku yg bergelar ayah dan ibu...tahniah...
-tahun nie jugak la pada aku tahun yang mencabar bagi aku untuk menguruskan ekonomi keluarga aku......
-tahun nie jugak aku telah secara rasminya tinggal dirumah aku sendiri.....
-apa2 hal....awal tahun 2011 adalah waktu yg sebok untuk aku....sebok setup kedai komputer aku,sebok dgn urusan kelahiran anak kedua aku,sebok dgn urusan perpindahan ke rumah baru aku.

apa2 hal pon semua tu terpaksa ditempuhi jugak sebagai manusia.....