28 February 2009

Isteriku Selamat Melahirkan Anak Sulungku

ejam@jtkpk@e-studio

-untuk mengetahui manklumat lanjut dan kronologi yer sila masok ke http://anakdaku.blogspot.com/

17 February 2009

Trojan w32

ejam@jtkpk@e-studio

dalam minggu lepas satu laptop aku telah di jangkiti virus Trojan w32.aku dapat dari satu email yg dihantar oleh kawan aku.....hampeh betul.
aku mula menyedari pc nie dah dimasuki virus bila pop-up tetiba keluar dgn banyakyer dgn tak blh di kawal.........jadi aku amik keputusan aku offkan pc...dan kemudian aku on semua.
kesan dari virus nie adalah line internet laptop nie seperti kene block...aku tak blh surf internet.kalau aku bukak folder option pulak.....folder option telah di sorok....pening aku.
jadi aku telah scan menggunakan antivirus avast.....avast dapat mengesan trojan berkenaan tetapi tak blh delete.dgn nasihat dari sahabat aku si hazlim dari sk seri selamat yg menyuruh aku mengunakan trojan remover aku pon download lah....dan aku scan.
Alhamdulillah virus tersebut dapat di nyahkan dari laptop tersebut.
Tetapi virus tersebut dah ganggu file ie aku untuk berfungsi...
aku akan tunjukkan gambar error yg keluar.......tengok gambar di bawah.






mana gambar di pulak nie.....aduh....

16 February 2009

aktiviti hujung minggu versi 1 - keladi ayaq


Semalam aku pegi la bendang...cadang tu nak tgk org carik ikan......saje jalan2....tup2 aku tgk kat bendang nie banyak betul la pokok keladi air...jadi aku kutip la untuk aku buat ulam...

-nie lah rupa pokok keladi air di bendang yg aku kutip tu....bukan amik semua la....amik tang bunga tu je la....kalau amik daun yer tu buat apa....

-kutip punya kutip nah amik kau.....satu raga moto aku bedal....memang sedap ooooo

-Ini adalah ulam2 yg aku kutip......mak aku tambah lagi dgn pucuk betik.....aku tak makan pucuk betik nie...pahit oooooo

nie adalah sambal belacan untuk di buat cicah pucuk keladi air nie........
keladi air nie sedap di rebus sahaja...pastu cicah dgn sambal belacan....pergh...
persoalan yer org2 pekan penah tgk ke pokok keladi air?

04 February 2009

cuti sempena perayaan jubli perak.

ejam@jtkpk@e-studio

pada 3hb 2 2009.selasa......negeri perak mendapat cuti sempene perayaan jubli perak bagi sultan perak yg telah memerintah perak selama 25tahun.
aku mengambil kesempatan sempena cuti nie untuk menyiapkan satu rak untuk meletakkan pokok2 cili aku.aku bukan apa......bukan tak blh letak kat bawah je......tapi kat rumah aku nie ayah aku ada bela itik...jadi itik nie telah makan pokok2 cili aku sampai jadi kontot....kalau tak sekarang nie dah keluar hasil dah....
mula2 aku buat satu je rak yer...bila diamati...cantik jugak.....dan boleh letak banyak pokok....aku kire ada 26 pokok boleh letak atas rak tersebut.
jadi tiada alasan untuk org yg duduk di rumah2 teres untuk bercucuk tanam.ada tanah sekangkang kera pon blh tanam jugak.


Pokok2 cili baru nak naik jer....kalau tak der gangguan sebulan lagi keluarlah hasil.